[VIDEO] ‘Jangan tengok wayang dengan perempuan’

10 hours ago 4

PETALING JAYA – Perbualan antara seorang anak lelaki dan ibu bapanya mencuri perhatian ramai apabila dia diminta menghantar bukti bergambar terlebih dahulu sebelum dibenarkan menonton wayang bersama rakan-rakan.

“Jangan masuk wayang dengan perempuan ye. Tunjuk bukti tengok wayang dengan siapa malam ini. Selfie,” pesan ibu bapanya menerusi aplikasi WhatsApp kumpulan keluarga.

Menerusi satu hantaran video di TikTok milik @Adames17, remaja lelaki itu tampil memperkenalkan semua rakan lelakinya seorang demi seorang, lengkap dengan nama masing-masing, dipercayai sebagai bukti kukuh untuk meyakinkan ibu bapanya.

“Tak sabar nak ada menantu kot mak aku ni,” tulisnya secara berseloroh di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi lucu dan bersahaja diberikan oleh netizen.

“Oh aku ingat aku sorang je macam ni, rupanya anak sulung memang selalu kena siasat macam ni ek,” komen @Jia_gia.

“Ada perempuan bawah meja tu mak cik, sebab tu dia tak rekod bawah tu,” usik @Nisaa.

“Perempuan tu buat-buat duduk dekat meja lain makcik. Lepas habis rekod baru dia datang balik,” seloroh @Iiman. – KOSMO! ONLINE

@adames17 Tak sabar nak ada menantu kot mak aq ni @N @AH @Z #anaksulung #CapCut ♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
Read Entire Article
Pertanian | | | |