Sekali pergi, pelancong muslim pasti akan kembali ke Taiwan lagi

7 hours ago 3

PETALING JAYA – Taiwan adalah destinasi percutian yang terbaik untuk dilawati oleh semua peringkat umur khususnya bagi pelancong muslim yang mahu mencari pengalaman menyeronokkan tanpa berasa was-was tentang makanan dan minuman melalui pakej pelancongan yang ditawarkan.

Duta Pelancongan negara tersebut, Nabila Razali berkata, Taiwan memiliki semuanya daripada aspek membeli-belah, menikmati pelbagai makanan dan minuman yang lazat, melakukan aktiviti lasak seperti mendaki dan berkayak, ia juga mengundang pengalaman menarik dengan berkunjung ke serata pasar malam yang meriah.

Turut akan meninggalkan kenangan menarik kepada pelancong adalah ketika berkunjung ke Taipei 101, bangunan ikonik negara tersebut.

“Sebagai seorang Muslimah, saya mengakui bahawa keperluan pelancong Muslim diberi perhatian penuh oleh pihak berkuasa pelancongan Taiwan.

“Perjalanan halal begitu mudah dan nyata. Taiwan memang menepati ciri-ciri tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Nabila yang juga pelakon dan penyanyi memaklumkan, pelantikannya sebagai duta pelancongan negara berkenaan memberi peluang kepadanya untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mengenai negara berkenaan.

Jelas beliau, inisiatif ini memberi peluang kepadanya untuk membantu mengukuhkan hubungan mesra antara Malaysia dan Taiwan malah membuka mata ramai mengenai keunikan destinasi pelancongan itu yang sesuai untuk semua golongan, termasuk pelancong Muslim.

“Saya harap lebih ramai rakyat Malaysia akan berpeluang mengalami keindahan Taiwan sendiri. Percayalah, sekali pergi pasti ingin kembali,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |