[VIDEO] Basuh samping, tetapi yang sidai ‘skirt ruffle’

1 month ago 24

PETALING JAYA – Akibat teknik pencucian yang salah membuatkan seorang wanita terkejut apabila samping songket tenun milik suaminya mengalami kerosakan teruk selepas dicuci menggunakan mesin basuh.

Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Delishaurelia87, memaparkan samping tersebut disidai, namun keadaannya menjadi renyuk dan berkedut selepas dicuci.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna sempat berseloroh dan berkongsi pengalaman serupa.

“Weh, macam ‘skirt ruffle’,” komen @Awannnnnnnnn_97.

“Samping suami saya pun jadi macam ni juga.. Tetapi saya hapuskan jejak samping tu.. Lima tahun dah berlalu sampai sekarang buat-buat cari samping tu bila dia tanya,” kata @Lyana_muhamad.

Malah, ada juga pengguna yang mencadangkan cara kreatif untuk mengelakkan suami menyedari kerosakan samping tersebut.

“Lipat elok-elok simpan dalam almari, nanti bawa keluar depan suami buat-buat terkejut, eh kenapa ni?,” balas @Simfoninatura.my.

Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 56,000 tanda suka, 4,166 komen dan 12,700 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@ustazlahlive Malam Nuzul Quran bukan malam biasa, ianya malam mustajab doa, penuh keberkatan! Jom kita sinari malam ini dengan cahaya ibadah dan Al-Quran. Baca, hayati, dan doa sebanyaknya, semoga kita tergolong dalam mereka yang mendapat syafaat Al-Quran di akhirat kelak. Jangan lepaskan peluang keemasan ini! UstazLah 🌹 #UstazLah #nuzulquran #AlQuran #ramadan #healing #jiwa #dakwah #islamik #fyp #foryoupage ♬ original sound – UstazLahLive
Read Entire Article
Pertanian | | | |