[VIDEO] Anwar pilih baiki ekonomi, bukan populariti

22 hours ago 4

PETALING JAYA – Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memilih untuk memperbaiki ekonomi negara berbanding menjaga populariti diri mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menerusi satu hantaran video di TikTok oleh pengguna akaun @Timtiah, dia menyifatkan Anwar sebagai satu-satunya pemimpin yang sanggup membuat keputusan tidak popular demi masa depan negara.

“Rakyat kecewa sebab harga barang rasa makin mahal, subsidi dikurangkan, SST pula diperluas. Tapi sebenarnya Malaysia dah lama berbelanja lebih daripada pendapatan. Itu dipanggil defisit bajet.

“Anwar dah mula baiki perkara ini. Pada 2023, defisit kita lima peratus daripada KDNK. Tahun ini menurun ke 4.1 peratus. Dan suku pertama 2025, trend masih menurun,” katanya dalam video berdurasi hampir dua minit itu.

Katanya lagi, pemotongan subsidi diesel yang diumumkan Anwar berjaya menjimatkan lebih RM4 bilion, selain pelaksanaan bantuan bersasar yang lebih efisien.

“Malaysia kini sedang melakukan apa yang Amerika Syarikat gagal buat iaitu potong defisit secara senyap. Jika tak diperbaiki sekarang, generasi akan datang yang tanggung derita,” ujarnya.

Tambahnya, meskipun langkah itu tidak popular dan boleh menjejaskan peluang Anwar dalam pilihan raya akan datang, namun tindakan itu dilihat lebih bertanggungjawab dan berprinsip.

Hantaran itu menerima pelbagai reaksi dalam netizen.

“Masalahnya, majoriti pengundi tak faham konsep ini, tak kira berpendidikan atau tidak, itulah perkara yang menakutkan tentang negara ini,” ujar @Commentator.

“Anwar perlu terus menjadi Perdana Menteri untuk satu penggal lagi supaya ekonomi Malaysia akan menjadi lebih kukuh,” kata @Isa.

“Kerja yang bagus mengetengahkan usaha PMX. Perkara ini perlu diketahui oleh lebih ramai orang,” – komen @jarrodsio.-KOSMO! ONLINE

@timtiahMost leaders spend to stay popular but this one is trying to save. And he’s not getting enough credit for it.

♬ original sound – timtiah

Read Entire Article
Pertanian | | | |