Van sekolah terbalik langgar lubang ‘manhole’, ada murid cedera

7 hours ago 4
  • Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
  • 18 Julai 2025, 11:04 am
KEADAAN van sekolah terbalik selepas melanggar lubang manhole dalam kejadian di Jalan Abdul Samad, Kampung Baru, Johor Bahru pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Sebuah van sekolah yang dinaiki sekurang-kurangnya 10 murid sekolah rendah terbalik selepas dipercayai melanggar lubang utiliti atau ‘manhole’ di Jalan Abdul Samad, Kampung Baru di sini awal pagi.

Dalam kejadian pada pukul kira-kira pukul 6.45 pagi itu, van sekolah terbalik selepas melanggar lubang manhole yang tidak bertutup.

LUBANG manhole yang tidak bertutup menjadi punca kejadian van sekolah terbalik dalam kemalangan di Jalan Abdul Samad, Kampung Baru, Johor Bahru pagi hari ini.

Difahamkan beberapa murid mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan kecemasan. – KOSMO! ONLINE

Berita lanjut akan menyusul

Read Entire Article
Pertanian | | | |