Pokok tumbang, dua jalan ditutup di KL

2 weeks ago 15
Kejadian pokok tumbang berlaku di Jalan Sultan Haji Ahmad Shah dan Persimpangan Metro Prima, petang ini.
  • Oleh KOSMO!
  • 22 Oktober 2025, 5:36 pm

KUALA LUMPUR – Dua lokasi di ibu negara terpaksa ditutup sepenuhnya kepada laluan trafik selepas kejadian pokok tumbang, petang ini.

Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi hantaran di media sosial memaklumkan, penutupan penuh dilaksanakan di Jalan Sultan Haji Ahmad Shah menghala ke Jalan Dutamas berhampiran Arte Mont Kiara.

Menurut kenyataan itu, penutupan turut dilakukan sementara di Persimpangan Metro Prima dan Jalan Kepong Bahru berhampiran sebuah gereja berikutan insiden sama.

“Anggota bomba telah berada di lokasi kejadian. Aliran trafik di kawasan terlibat dilaporkan perlahan,” jelas hantaran itu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |