Peserta Himpunan Turun Anwar solat zuhur sebelum berarak

15 hours ago 6
Peserta menunaikan solat zuhur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.
  • Oleh FARISYA AKHTAR
  • 26 Julai 2025, 2:42 pm

KUALA LUMPUR – Peserta himpunan Turun Anwar menunaikan solat zuhur di pekarangan Pasar Seni sebelum memulakan perarakan ke lokasi utama perhimpunan, Dataran Merdeka.

Setakat pukul 1.30 tengah hari, para peserta melaungkan ‘Turun Anwar’ dan ‘Hidup Mahasiswa’ sambil menunggu waktu perarakan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, peserta sempat menunaikan solat zuhur sebelum berarak ke Dataran Merdeka sambil menunggu kehadiran lebih ramai rakyat Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Armada Bersatu Malaysia (Armada Bersatu), Na’im Brundage berkata, kehadiran golongan muda membuktikan kekecewaan terhadap pentadbiran semasa.

“Anak-anak muda hari ini hadir kerana sudah muak dan jelik dengan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ringkas ketika ditemui di lokasi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |