MUAR – Seorang pensyarah yang pernah bertugas di instsitusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Pagoh, dekat sini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan seksual terhadap penuntut perempuan dua tahun lalu.
Tertuduh, R. Karthigeyen, 33, yang sudah bertukar ke sebuah IPTA di Perak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Khairi Haron.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Pagoh, dekat sini pda pukul 3 petang, 4 Disember 2024.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377B dan 377CA Kanun Keseksaan masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 dan 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan ketiga hingga kelima, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan mencabul kehormatannya.
Ketiga-tiga kejadian ini berlaku di lokasi berasingan iaitu parkir kenderaan belakang asrama IPTA serta sebuah rumah antara pukul 2.40 hingga 3 petang serta 9 malam, 3 dan 4 Disember 2024.
Untuk kesemua pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mana boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan ataupun mana-mana daripada dua hukuman ini, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen manakala tertuduh diwakili peguam, R. K. Bala.
Terdahulu, pihak pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh memandangkan kesalahan dilakukan serius.
Selepas mendengar rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada Isnin pertama setiap bulan.
Memandangkan semua dokumen lengkap dan diserahkan kepada peguam tertuduh, mahkamah memutuskan kes ini dibicarakan pada 30 November, 8 dan 9 Disember ini.-KOSMO! ONLINE

15 hours ago
6


















![[VIDEO] ‘Dah baling, pandai pecut kereta’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-13-at-3.01.17-PM.jpeg)






























