Pengalaman inspirasi, unik di atas ais

14 hours ago 7

SAINGAN Netball Super League (NSL) bakal kembali membuka tirai bermula 17 April ini apabila menjanjikan aksi yang lebih mendebarkan dengan penyertaan lapan pasukan terbaik berentap di atas gelanggang.

Musim NSL kali ini dijangka lebih kompetitif dan dinamik selain penuh dengan momen yang tidak boleh dilepaskan melibatkan KL Wildcats, Johor Jewels, Selangor Angels, Perak Phoenix, Kedah Sunshine, Terengganu Marvels, Pahang Tulips serta Melaka Mystic.

Bagi menghangatkan bahang penganjuran, Astro Arena dan Astro Kasih baru-baru ini menganjurkan satu program komuniti yang penuh inspirasi dan semangat wanita, NSL EmpowerHER 2026.

Ia adalah sebuah inisiatif kelestarian yang julung kali diadakan sempena musim kelima NSL iaitu liga bola jaring profesional terunggul di Malaysia.

Menghimpunkan hampir 70 peserta daripada pelbagai kelab dan akademi bola jaring, EmpowerHER 2026 memberi tumpuan kepada usaha memperkasa komuniti agar mereka berkembang secara lebih tersusun, profesional dan bersedia menghadapi cabaran sukan moden.

Program ini turut menyuntik nafas baharu dalam pembangunan sukan wanita melalui pendekatan berasaskan pendidikan, motivasi dan pengalaman praktikal yang santai tetap memberi impak bermakna.

Salah satu aktiviti mencuri perhatian adalah Penalty Shoot on Ice, di mana peserta mencuba cabaran penalti di atas rink ais sebenar menjadikan ia satu pengalaman unik, menyeronokkan dan menguji keseimbangan semua.

Selain aktiviti fizikal, para peserta turut mengikuti sesi perkongsian ilmu yang merangkumi topik penting seperti Kod Sukan Selamat, Pertolongan Cemas Sukan, Kesedaran Kecederaan Sukan
serta Dandanan Diri bersama pakar industri dan pemain NSL.

Topik-topik itu merupakan elemen asas yang diperlukan dalam pengurusan sesebuah kelab bagi memastikan organisasi beroperasi secara selamat, profesional dan berdaya saing.

Menariknya, edisi tahun ini dianjurkan dengan kerjasama Netball Hive, platform digital komuniti bola jaring terkemuka, serta MyNISS sebagai venue rasmi, sekali gus memberi pengalaman yang luar biasa kepada peserta. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |