
- Oleh KAMARIAH KHALIDI
- 27 Julai 2025, 3:08 pm
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau bersikap terbuka sekiranya pihak pembangkang mahu mengemukakan usul undi tidak percaya di Parlimen.
Menurutnya, ini juga bukan kali pertama pihak pembangkang mahu membawa perkara tersebut di Parlimen, namun ia masih tidak dikemukakan hingga kini.
“Dan ada cadangan Datuk Seri Hamzah (Ketua Pembangkang) nak bawa usul undi tidak percaya, silakan.
“Kita terbuka, ini proses yang betul, nak bawa sila bawa, kata nak bawa (usul undi tidak percaya), dah tiga tahun,” katanya selepas menyampaikan amanat pada Seminar Pemantapan Organisasi dan Jelajah Presiden PKR Wilayah Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabngsa Putrajaya (PICC) hari ini.-KOSMO! ONLINE