Mohd. Solehin hilang, kereta terbabas, terbakar dalam longkang

12 hours ago 3

KULIM – Kehilangan seorang lelaki menjadi tanda tanya kepada keluarganya selepas kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas dan terbakar dalam kejadian di Jalan Batu Puteh-Labu Besar, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, kereta Perodua Kancil digunakan mangsa, Mohd. Solehin Abd. Latif, 28, ditemukan terbakar di dalam longkang di bahu jalan.

Walau bagaimanapun, mangsa tiada di dalam kenderaan tersebut dan pemeriksaan dilakukan keluarga di Hospital Kulim, Hospital Baling serta hospital bedekatan gagal menemuinya.

Menurut bapa mangsa, Abd Latif Muhamad, 71, dia dimaklumkan oleh orang kampungnya di Machang Bubuk, Malau anaknya mengalami kemalangan kereta di Labu Besar.

“Apabila mereka sampai di tempat kejadian, mereka melihat kereta Perodua Kancil itu adalah kepunyaan Solehin, namun mangsa tiada di tempat kejadian.

“Kami mencarinya di Hospital Kulim dan Baling,serta di beberapa hsopital lain di Pulau Pinang sama ada dia menerima  rawatan tetapi tiada rekod. Apa yang menghairankan, dompet serta kad pengenalan dan telefon bimbit ditemui berhampiran tempat kejadian,” jelasnya.

Katanya, sebelum Mohd. Solehin ada memaklumkannya kepadanya berkemungkinan mahu mencari kerja dengan abangnya di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Tambahnya, Solehin dipercayai keluar sendirian tanpa memberitahu sesiapa dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Kob kira-kira pukul 9.30 pagi selepas kejadian dimaklumkan oleh penduduk kampung.

Kakak mangsa, Nurul Shahida, 37, berkata, Mohd. Solehin kali terakhir dilihat memakai baju-T biru jalur kuning dan seluar berwarna coklat gelap.

Katanya, dia ada memuat naik gambar adiknya itu di media sosial untuk bantuan orang ramai mencari serta memberi maklumat jika sesiapa ada maklumat boleh menghubungi mereka di talian 0197979285 kakak, 0194985621 dan 0124035818 (abang). – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |