Jaecoo J8 dilancarkan pada harga bermula RM178,800

8 hours ago 7

PETALING JAYA – OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) JAECOO J8 yang melambangkan inovasi teknologi dan keupayaan mengharungi ‘off-road’ luar biasa.

JAECOO J8 ditawarkan dalam dua varian iaitu pacuan dua roda (2WD) yang dijual pada harga bermula RM178,800 dan pacuan semua roda (AWD) RM198,800 atas jalan tanpa insurans.

Naib Presiden OMODA | JAECOO Malaysia, Emily Lek berkata, model terbaharu itu melambangkan visi jenama tersebut untuk menghasilkan kenderaan yang bukan sahaja mengagumkan dari segi teknologi dan reka bentuk tetapi mampu menawarkan pengalaman pemanduan yang bertaraf tinggi kepada semua pelanggan.

“Selepas genap setahun melancarkan kenderaan SUV J7 yang popular, JAECOO J8 juga dijangka menaik taraf teknologi, prestasi dan pengembaraan bagi jenama OMODA JAECOO sambil terus berpegang pada prinsip kemewahan.

“Kami meraikan ulang tahun ini dengan lebih 17,000 kenderaan yang kini menyusuri jalan raya Malaysia. Kami benar-benar berbesar hati dan menghargai sokongan berterusan para pelanggan kami di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Jaecoo J8 yang disempurnakan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Selaras dengan konsep ‘Pengembaraan Lasak Kelas Pertama’, JAECOO J8 menjadi pelengkap kepada rangkaian kenderaan OMODA | JAECOO yang direka untuk memenuhi cita rasa pengguna moden, terutama dalam segmen SUV premium.

Model tersebut terserlah dengan gril depan reka bentuk bermotif air terjun yang mengagumkan, dan mampu meningkatkan pengaliran udara untuk penyejukan yang lebih cekap.

Pnampilan luar SUV J8 menampakkan garis bentuk kemas dan pandangan sisi pada nisbah keemasan (golden ratio), diperkukuh oleh garis lilit ketara yang mempersembahkan penampilan menegak yang teguh.

Sementara itu, pemegang pintu tersembunyi terus memperkemas profilnya yang lebih aerodinamik sambil mengurangkan rintangan angin dan bunyi bising ketika pemanduan.

Jaecoi J8 menampilkan ciri kabin mewah termasuk dua skrin bersaiz 12.3 inci, paparan HUD, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar serta kerusi dengan fungsi pemanas, pengudaraan, urutan dan memori.

Antara ciri keselamatan terkini yang dimuatkan termasuk sistem ADAS Tahap 2.5, brek elektrik OneBox, serta teknologi pemantauan dan bantuan pemanduan lengkap seperti DMS, ACC, AEB dan banyak lagi, memberikan keyakinan tambahan kepada pemandu. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |