
- Oleh KOSMO!
- 26 Julai 2025, 2:10 pm
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka pentas utama acara Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka susulan tidak memperoleh permohonan daripada pihak penganjur.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, DBKL telah membuka pentas berkenaan atas arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Struktur pentas juga tidak menjamin keselamatan dan pihak polis juga tidak dimaklumkan berapa banyak individu yang akan berada di atas pentas tersebut.
“Permohonan awal antara PDRM dan penganjur dipersetujui untuk menggunakan dua biji Hilux sebagai pentas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, penganjur Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka kecewa apabila pihak berkuasa telah mengarahkan pentas utama untuk acara petang ini dibuka semula dan tidak dibenarkan digunakan.- KOSMO! ONLINE