‘Hanya kita tahu’ – Elyana kembali jalani rawatan kemoterapi?

8 hours ago 5

PETALING JAYA – Penyanyi Elyana mengundang perhatian ramai apabila berkongsi foto dirinya dengan imej botak dalam media sosial semalam.

Tidak berkongsi secara terperinci punca tampil dengan imej tersebut, Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, 38, hanya memberitahu melalui situasi begitu dan berjuang untuk menyorokkan segala kesakitan.

“Proses kehidupan kita, hanya yang lalui, hanya kita tahu.

“Bermatian-matian berusaha untuk nampak tenang dan waras tanpa bercerita.

“Jika akhirnya kamu mendengar cerita buruk tentang diriku daripada mereka, fahamilah aku juga pernah baik pada mereka cuma mereka tidak menceritakan bahagian itu,” katanya.

Dalam hantaran sama, dia juga berharap individu yang berdepan dengan dugaan penyakit seperti dirinya agar sentiasa meraikan diri sendiri meski sedar mempunyai kekurangan

“Pesanku untuk teman seperjuangan,

kau berharga dan cukup layak selalu dirayakan.

“Tidak peduli dalam kurang atau lebihmu,

tetaplah menjadi orang yang baik walau mereka menghinamu tidak baik,” ujarnya.

Sementara, rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian penampilan tersebut selain menghujaninya dengan doa agar dia sembuh dan terus kuat melawan segala penyakit.

Mereka juga mula berteka-teki dan mendakwa imej botak tersebut merupakan kesan kimoterapi yang dijalani penyanyi berkenaan.

Pada Februari lalu, dia memberitahu selepas disahkan bebas kanser limfoma pada Disember 2021.

Menurutnya, penyakit barah berkenaan berpotensi kembali aktif sekiranya tidak meneruskan rawatan kemoterapi seperti saranan doktor.

Katanya, kali terakhir menjalani kemoterapi adalah sekitar tiga tahun lalu sebelum mengambil keputusan berehat daripada meneruskan rawatan selama dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |