Graduan lepasan Kolej KEDA miliki jaminan di pasaran kerjaya

5 hours ago 3

SIK – Kadar kebolehpasaran graduan Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Kolej KEDA) mencapai tahap membanggakan pada paras 96.31 peratus, yang mana sebanyak 42.21 peratus mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang, 7.38 peratus menjadi usahawan manakala 46.72 peratus selebihnya memilih untuk menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi.

Pengerusi KEDA, Datuk Seri Diraja Mahdzir Khalid berkata, kebolehpasaran graduan amat penting untuk menjamin peluang pekerjaan kepada para pelajar Kolej KEDA selepas mereka tamat latihan.

“Kita telah bekerjasama de­ngan banyak pihak contohnya Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Mo­denas) serta Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM), yang mana para pelajar akan dibawa ke syarikat-syarikat ini untuk belajar sehingga tamat pe­ngajian mereka. Setelah tamat, pelajar-pelajar ini akan terus diserap masuk ke syarikat tersebut.

“Begitu juga dengan kursus-kursus berkaitan automotif, kulinari dan sebagainya. Dengan tahap kebolehpasaran 96.31 peratus, graduan Kolej KEDA ini mempunyai peluang tinggi dalam pasaran pekerjaan setelah tamat latihan mereka,” katanya ketika ditemui selepas me­rasmikan Karnival Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Madani@Kolej KEDA di kolej berkenaan yang terletak di Sik, baru-baru ini.

Mahdzir menjelaskan, terdapat 30 rakan strategik yang telah membentuk bekerjasama dengan Kolej KEDA.

“Sekiranya pelajar itu lulus dan tamat pengajiannya, peluang pekerjaan mereka terbuka luas, jadi mereka tidak perlu lagi berfikir mencari pekerjaan di mana selepas tamat pengajian nanti,” ujarnya.

Mengulas mengenai penganjuran karnival tersebut, beliau berkata, ia mempromosikan kolej ini sebagai institusi kemahiran TVET bertauliah di bawah KEDA dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).”

“Selain itu, ia akan meningkatkan kesedaran tentang kepenti­ngan TVET dalam pembangunan modal insan berkemahiran yang memenuhi kehendak pasaran kerjaya teknikal,” terang beliau.

Read Entire Article
Pertanian | | | |