Gereja Katholik pilih Pope AS pertama, Robert Francis Prevost 

12 hours ago 4

BANDAR VATICAN – Robert Francis Prevost menjadi Pope Leo XIV semalam selepas kardinal-kardinal memilih beliau untuk menjadi Pope pertama dari Amerika Syarikat (AS) bagi memimpin 1.4 bilion penganut Katolik di seluruh dunia.

Berpuluh-puluh ribu orang bersorak ketika Pope Leo yang merupakan pengganti kepada mendiang Pope Francis, muncul di balkoni Basilika St Peter untuk menyampaikan ucaptama beliau.

“Kepada semua orang, di mana sahaja mereka berada, kepada semua bangsa, kepada seluruh dunia, kedamaian bersama kamu,” kata lelaki berusia 69 tahun kelahiran Chicago tersebut sambil tersenyum kepada orang ramai.

Pope Leo berdepan cabaran getir untuk menyatukan gereja Katholik yang berpecah-belah dan menangani isu panas seperti impak daripada skandal seksual paderi-paderi ajaran tersebut.

Sebagai ketua Gereja Katholik, pope baharu mempertahankan golongan miskin dan kurang bernasib baik. Beliau menyiarkan semula artikel mengkritik dasar anti pendatang Presiden Donald Trump. Bagaimanapun, White House tetap mengalu-alukan pemilihan Pope Leo.

“Tahniah kepada Kardinal Robert Francis Prevost yang baru sahaja dinamakan pope,” kata Trump dalam catatan di media sosial.

Pope baharu itu perlu mendapat sekurang-kurangnya dua pertiga undi keseluruhan kardinal untuk terpilih.

Kira-kira 80 peratus kardinal yang mengundi Prevost pula telah dilantik oleh Pope Francis.

Dalam pada itu, penganut Katholik memenuhi gereja-gereja di seluruh AS dalam suasana perayaan untuk menandakan ‘keterujaan’ berikutan perlantikan pope pertama dari negara berkenaan.

Di luar Katedral St. Patrick yang megah di Manhattan, Rosaria Vigorito, 66, berkata dia boleh ‘merasakan keterujaan tersebut’.

“Saya hanya mempunyai satu isu dengan Gereja Katolik yang saya harap mereka akan betulkan, dan ia adalah membenarkan wanita menjadi paderi,” katanya. – AFP 

Read Entire Article
Pertanian | | | |