Gandingan 9 cef sediakan menu signatur sepanjang Oktober hingga November

1 week ago 13

KUALA LUMPUR – Sepanjang bulan Oktober hingga November ini, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur menampilkan sembilan cef berpengalaman dalam bidang kulinari dengan idea dan kreativiti masing-masing, menyediakan menu masakan terbaik kepada tetamu bertujuan untuk mengetengahkan bakat masing-masing.

Sepanjang bulan Oktober dan November ini, sembilan cef yang selama ini berada di balik tabir diberi peluang menyediakan masakan dan menu menarik kepada para pelanggan di restoran Makan Kitchen hotel berkenaan.

Pengurus Makanan dan Minuman hotel tersebut, Mohd. Radzlan Mohd. Azman berkata, ini adalah salah satu cara hotel mempromosikan hasil idea kreativiti masakan dan menu yang disediakan oleh sembilan cef berpengalaman dalam bidang masakan selama ini

Jelas beliau, menu daripada masakan kampung hinggalah kepada yang moden yang diinovasikan menjadi satu menu menarik telah menambat hati pelanggan hotel bukan sahaja yang bermalam tetapi juga yang tetamu yang datang bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Sepanjang sembilan minggu mereka menghidangkan sembilan signatur menu yang dekat dengan hati rakyat di negara ini malah ia dapat mencuit hati tetamu dari luar negara untuk menikmatinya kerana ia dalam masa yang sama dapat mempromosikan makanan bercirikan kebudayaan Malaysia,” katanya ketika ditemui pada sesi pengenalan menu berkenaan baru-baru ini.

Bermula pada 1 hingga 4 Oktober lalu, Cef Fatin menyediakan menu Kelantanese Ulam Poke Bowl with House-Made Budu Bergamot Vinaigrette manakala pada minggu seterusnya iaitu dari 6 hingga 11 Oktober pula giliran Cef Chef Gerald Chong yang memasak hidangan Roasted Chicken Stued with Chicken Jerky and Preserved Mandarin Orange Jus.

Cef Zul pula menyediakan menu Pansoh Udang bermula pada 13 hingga 18 Oktober manakala Cef Raj menyediakan menu Line Caught Fish Tikka with Curry Couscous and Meetha Dahi manakala Cef Sugu pula menghidangkan Badami Jhinga Korma Charcoal-Grilled Prawns with Badam Coconut and Gravy, bersesuaian dengan sambutan hari Deepavali baru-baru ini.

Kemeriahan hidangan makam malam secara bufet di Makan Kitchen hotel tersebut dimeriahkan juga dengan hasil signatur masakan Cef Eddie  bermula pada 27 October hingga  1 November 2025 ini yang menyediakan Salt-Crusted Kombu Baked Sustainable Salmon with Yuzu and Miso Cream. 

Seterusnya bermula pada 3 hingga 8 November ini, Cef Chua pula akan menyediakan Pulut Hitam Cake with Coconut Chantilly diikuti dengan Cef Lim yang membawakan menu istimewa ke meja bufet Makan Kitchen iaitu Wok-Fried Butter Tiger Prawns with Egg Floss and Shaved Cured Salted Egg

Pada 17 hingga  22 November, tetamu akan menikmati hidangan daripada Cef Amir dengan menu  Sustainable Red Snapper Paupiette with Miso, Gula Melaka Glaze, Ginger dan Scallion Crust.

Pihak hotel menawarkan promosi menarik pada harga bufet daripada harga RM128 seorang dewasa hingga RM189 seorang dewasa (pada hujung minggu) manakala untuk kanak-kanak, harganya adalah antara RM64 seorang sehingga RM95 seorang. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |