
- Oleh MUHAMMAD FARID AHMAD TARMIJI
- 25 Julai 2025, 8:10 am
KELAWAR merupakan sejenis mamalia yang mungkin tidak digemari oleh kebanyakan daripada kita. Malah, tentu ramai di antara kita geli untuk memegangnya, tetapi tidak buat Dr. Juliana Senawi apabila kelawar boleh dikatakan telah menjadi teman rapat wanita itu. Dia yang bertugas di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan saintis kelawar dan sering menjalankan penyelidikan terhadap mamalia bersayap tersebut. Usaha berterusannya dalam melakukan penyelidikan terhadap kelawar juga telah membolehkannya menerima penghargaan daripada organisasi antarabangsa Conservation Leadership Programme. Wanita yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

