AB. RAUF menyaksikan Majlis Serah Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka daripada Azhar yang akan bersara mulai esok kepada penggantinya, Salhah Salleh.-Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!
- Oleh AMRAN ALI
- 10 Ogos 2026, 6:51 pm
MELAKA – Barisan Nasional (BN) terbuka mengadakan rundingan dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka, namun ia tidak semestinya berakhir dengan pembentukan kerjasama politik.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, ruang rundingan terbuka kepada mana-mana pihak yang mempunyai hasrat untuk bersama, namun keputusan akhir bergantung kepada pelbagai faktor.
“Saya mengalu-alukan semua yang nak menjurus kepada PRN Melaka ini dan kalau ada hasrat untuk kebersamaan, saya buatkan satu ruang terbuka untuk berunding.
“Tak semestinya rundingan itu dimuktamadkan menjadi rakan kongsi yang baik kerana kita berdasarkan kepada banyak faktor untuk menjadikan seseorang itu sebagai rakan kongsi kita,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, di sini, hari ini.
Pada Majlis itu turut berlangsung Majlis Serah Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka daripada Datuk Azhar Arshad yang akan bersara mulai esok kepada penggantinya, Datuk Salhah Salleh. – KOSMO! ONLINE

5 hours ago
5
















































