Air Sungai Perak bertukar jadi biru

2 weeks ago 16
GAMBAR tular menunjukkan warna air Sungai Perak dekat Kampung Sungai Papan, Gerik yang bertukar kebiruan disyaki akibat pencemaran.
  • Oleh ASLIZA MUSA
  • 22 Oktober 2025, 5:43 pm

IPOH – Jabatan Alam Sekitar Perak akan mengambil sampel air Sungai Perak di Kampung Sungai Papan, Gerik bagi mengenal pasti punca perubahan warna air sungai yang bertukar kebiruan dan disyaki tercemar.

Pengarahnya, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, pegawai penyiasat telah ke lokasi sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu, namun pengambilan sampel air sungai tidak dapat dilakukan berikutan hujan lebat.

“Sampel air sungai itu akan diambil selepas cuaca kembali baik. Ketika ini keadaan di lokasi masih hujan lebat dan berisiko tinggi kepada pegawai penyiasat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai perubahan warna air di hulu Sungai Perak dekat Kampung Sungai Papan, Gerik yang didapati bertukar menjadi biru seperti air laut. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |