Agong kurnia Suratcara Pelantikan Ketua Hakim Negara

5 hours ago 3

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara, hari ini.

Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, istiadat berlangsung di Singgahsana Kecil dan Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Suratcara Pelantikan Ketua Hakim Negara kepada Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, diikuti istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia.

Seri Paduka Baginda juga berkenan mengurniakan Suratcara Pelantikan Presiden Mahkamah Rayuan kepada Datuk Abu Bakar Jais diikuti Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi.

“Selain itu, turut dikurniakan Suratcara Pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan adalah Dr. Shahnaz Sulaiman, Datin Paduka Evrol Mariette Felix Michael Peters, Ong Chee Kwan, Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, Leonard David Shim, Nadzarin Wok Nordin, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid dan Muniandy Kannyappan.

“Turut dikurniakan Suratcara Pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi adalah Maslinda @ Linda Mohd Ainal, Datuk Faridz Gohim Abdullah, Dr. Choong Yeow Choy, Saiful Azian Mokhtar, Evawani Farisyta Mohamad dan Indra Nehru Savandiah,” menurut hantaran berkenaan, hari ini.

Selain itu, Suratcara Pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi turut dikurniakan kepada Sumathi Murugiah, Moses Susayan, Kan Weng Hin, Dr. Wendy Ooi Su Ghee, Mohd. Rosli Yusoff, Dr. Hazlina Hussain, Roszianayati Ahmad dan Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Istiadat turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |