PETALING JAYA – Tular di media sosial sebuah persembahan tarian singa yang diiringi lagu Ramadan di sebuah pusat beli-belah sehingga mengundang rasa geli hati dalam kalangan pengguna media sosial.
Menerusi video tular dimuat naik di akaun @depifaa_, pada awalnya, persembahan tarian singa tersebut diiringi dengan paluan muzik lagu Tahun Baharu Cina seperti kebiasannya.
Bagaimanapun, muzik tiba-tiba berubah kepada irama lagu ‘Ramadhan Tiba’ nyanyian Opick sehingga memperlihatkan aksi ‘singa’ yang menari itu dilihat kekal terkawal dengan gerak tari lebih tertib dan sopan berbanding kebiasaan.
Majoriti pengguna media sosial menyifatkan gabungan elemen dua suasana perayaan iaitu tarian singa yang sinonim dengan Tahun Baharu Cina dan lagu menyambut Ramadan sebagai momen indah.
Ia juga melambangkan penyatuan antara berbilang kaum sekali gus menyerlahkan semangat saling menghormati serta keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.
Bagaimanapun, persembahan tersebut difahamkan berlaku di sebuah pusat beli-belah yang terletak di Pekan Riau, Indonesia dan bukannya di Malaysia.
Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai menyifatkan tindakan ‘menjaga rentak’ dan gaya tarian yang lebih santun itu seolah-olah ‘menghormati’ kedatangan Ramadan, sekaligus mencetuskan reaksi lucu dan positif di ruangan komen.
“Dorang (singa) pun tahu tak terkinja-kinja. Sopan je tanda hormat kedatangan Ramadan,” komen Ishuka.
“‘Behave’ terus singa ni. Tak ada lompat sana sini bila dengar lagu Ramadan. Comel sungguh,” komen Elly.
“Semangat muhibbah yang menjadikan kita semua masyarakat majmuk yang aman. Syukur alhamdulillah dengan nikmat yang dikurniakan,” komen Luqman pula.
Sehingga kini, video asal telah meraih lebih 6.8juta tontonan, 1 juta tanda suka dan 279,200 perkongsian. – KOSMO! ONLINE
@depifaa_ Marhaban ya gong xi fa cai🙏🏻😭 #imlek2026 #marhabanyaramadhan ♬ suara asli – depifaa_
19 hours ago
6
![[VIDEO] ‘Sedar tak sedar, briskwalk 5km dalam bazar Ramadan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-21.24.15.jpeg)












![[VIDEO] ‘Orang tak puasa, seminggu sebelum Ramadan dia gelisah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-1.43.06-PM.jpeg)



































