PETALING JAYA – Hasrat sebuah keluarga untuk menikmati udara sejuk di Cameron Highlands, Pahang bertukar detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari Tapah, Perak menuju ke pusat peranginan tanah tinggi itu.
Menerusi satu perkongsian di TikTok @mucik.musyriff, pengguna tersebut memuat naik rakaman papan pemuka (dashcam) memaparkan kejadian yang menimpa dia sekeluarga ketika lelaki itu sedang memandu menaiki laluan berbukit menuju ke Cameron Highlands.
“Simpan sini buat kenangan, ada la tu Allah nak jaga dari apa-apa berlaku. Tak sempat bak merasa angin sejuk Cameron. Selamat ulang tahun perkahwinan kelima,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.
Berdasarkan rakaman berkenaan, sebuah kereta dari arah bertentangan yang sedang menuruni bukit secara tiba-tiba memasuki laluan mereka sebelum merempuh bahagian hadapan kenderaan mangsa.
Dentuman kuat kedengaran sejurus pelanggaran berlaku, diikuti suara kanak-kanak yang menangis ketakutan selain kedengaran isterinya mengadu kesakitan akibat hentakan kuat tersebut.
Pemilik video berkenaan bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila dirinya serta ahli keluarga tidak mengalami kecederaan serius.
“Okey alhamdulillah cuma masing-masing terkejut. Anak tak ada apa-apa, isteri cuma luka sikit sebab lutut kena box (kotak) tengah tu,” katanya.
Difahamkan, insiden itu berlaku dalam sekelip mata ketika keadaan jalan berselekoh dan menurun, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati terutama di kawasan tanah tinggi.
“Takaful pandai kawal stereng dan brek, memang makan jalan sebelah lah bila turun dari Cameron ni,” kata Sayuti.
“Jalan Cameron Highland kena hati hati. Belom sampai makan jalan sebelah, kereta motor lori,” kata @Etie Design.Jahitan Manik.
“Pentingnya dashcam. Sekarang ini dah jadi keperluan, saya baru melalui hari akhir 2025 yang lalu, tak la seteruk inu cuma kena dengan motor. Mujur ada dashcam, bermati-matian orang motor salahkan kami, lepas kami tunjuk dashcam tiba-tiba tak nak tengok. Sampai sekarang dia tak buat laporan polis. Kami tuntut insuran atas kereta sendiri sahaja,” kongsi @maklehahennaart. – KOSMO! ONLINE
@mucik.musyrif Simpan sini buat kenangan. Ada la tu Allah nak jaga dari apa-paa berlaku. Tak sempat nak merasa angin sejuk cameron. Happy Anniversary Ke-5 #dashcam #fyppppppppppppppppppppppp #accident #fyp #dashcamvideos ♬ original sound – putriamallia – midnightrain133
16 hours ago
7






![[VIDEO] Tiga diburu lempar mercun dalam rumah warga emas](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-16-at-6.32.32-PM.jpeg)




![[VIDEO] ‘Kami dah selesai cara baik’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-16-at-4.48.32-PM.jpeg)







![[VIDEO] Tesla hilang kawalan punya kemalangan tular di Temerloh](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-16-at-12.51.31-PM.jpeg)





























