PETALING JAYA – Orang yang tidak berpuasa di bulan Ramadan akan timbul perasaan gelisah dan tidak senang hati di dalam dirinya kira-kira seminggu sebelum umat Islam menjalani ibadah tersebut.
Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar berkata, perkara itu merupakan satu daripada tanda-tanda penyakit munafik sekali gus ia perlu ‘dibersihkan’.
“Orang yang tak puasa ni, semestinya bila datang Ramadan, seminggu sebelum Ramadan, dia dah gelisah dan tak senang hati. Dia tak suka (dalam) hati dia, dia tak sebut kat orang, dia tak up (naikkan) dalam status (media sosial), hati dia tak senang dengan Ramadan.
“Nabi kata, hati-hati kerana itu tanda-tanda nifak, munafik. Macam mana nak buat? Istighfar dan ulang syahadah, perbaharui Islam kita. Ulang kan, selalu ulang,” katanya menerusi video dimuat naik pada TikTok.
Beliau berkata, mereka juga perlu berpuasa Ramadan, walaupun berasa berat untuk melakukan ibadah tersebut.
“Semoga satu hari Allah membersihkan penyakit munafik yang ada dalam hati kita. Allah bersihkan insya-Allah, buang (penyakit munafik), bersih dan kemudian menerima Ramadan dengan sepenuh hati,” katanya.
Terdahulu, seluruh umat Islam di negara ini akan mula berpuasa 1 Ramadan pada esok.
Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi. – KOSMO! ONLINE
@ustazwadiannuarofficial Tanda Orang Munafik Di Bulan… | Ustaz Wadi Annuar #ustazwadiannuar #ustazwadianuar #hayydeen #puasa #ramadan ♬ original sound – Ustaz Wadi Annuar
17 hours ago
5
![[VIDEO] ‘Sedar tak sedar, briskwalk 5km dalam bazar Ramadan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-21.24.15.jpeg)














![[VIDEO] Tarian singa pun ‘behave’ bila dengar lagu Ramadan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-11.43.52-AM.jpeg)

































