PETALING JAYA – Pelakon Mia Sara Nasuha mendedahkan hanya bertemu dengan dengan Puteri Balqis sekali sahaja seumur hidupnya iaitu ketika usianya tujuh tahun dan tidak pernah melakukan sebarang perbuatan buli terhadap aktres berkenaan.
Menurut Mia, 22, segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini berkaitan dakwaan buli terhadap Puteri Balqis atau Aqish termasuk memburuk-burukkan ibunya adalah tidak benar.
“Kami hanya pernah berjumpa sehari sahaja dan sekali sahaja seumur hidup saya. Kami memang tak pernah berhubung sama sekali mahupun sewaktu umur saya tujuh tahun hinggalah ke 21 tahun.
“Saya sama sekali tidak pernah membuli pihak Puteri Balqis ataupun menghina ibunya. Tuduhan yang sangat berat dikenakan terhadap saya di mana yang mana diperkatakan seperti dalam InstaStory dia bahawa saya adalah punca mak Puteri Balqis dibuang keluarga.
“Itu adalah tuduhan yang sangat berat ya dan saya tidak pernah kenal sama sekali mak Puteri Balqis atau ahli keluarganya yang lain,” katanya dalam sebuah video Instagram.
Tambah Mia, dia turut mempersoal tindakan Aqish yang masih mengungkit dakwaan tidak benar mengenai pernah diejek olehnya di sebuah lokasi penggambaran sebuah iklan suatu ketika dahulu.
“Saya tidak pernah sama sekali berlakon apa-apa jenama ataupun iklan bersama Aqish dan Rykal. Kami hanya berjumpa sehari dan sekali sahaja di set penggambaran.
“Saya tak tahu apa tujuan Puteri Balqis untuk memuat naik kenyataan mengenai ‘Mamipopbelon’ dalam Instagram sedangkan perkara itu tidak benar sebab kami tak pernah berlakon apa-apa iklan kami bertiga.
“Seperti yang dikatakan, mereka ‘dikambinghitamkan’ oleh saya dan tunggu jawapan dia sebab sewaktu saya berumur tujuh tahun, lamb chop pun saya tak tahu itu kambing atau lembu.
“Tentang aniaya pula, saya pun tak tahu bila perkara tersebut berlaku sebab hanya jumpa dia sekali lagi iaitu sekali sahaja dan sehari sahaja. Jadi saya pun tak faham bagaimana saya didakwa aniaya dia,” ujarnya.
Tidak terhenti di situ, Mia turut menjelaskan komen yang pernah ditinggalkan dalam media sosial sekitar tahun 2021 adalah untuk Aqish, bukannya berniat mengecam seperti didakwa pihak lain sebelum ini.
Katanya, komen tersebut ditulis kerana mahu memberi sokongan kepada Aqish yang menerima kecaman bertubi-tubi ketika itu.
Membanding-bandingkan
“Tahun 2021 adalah tempoh Puteri dia menerima banyak kecaman yang sangat teruk sehingga ada yang membanding-bandingkannya dengan saya.
“Komen saya untuk ‘back up’ Aqish dan tidak sama sekali saya ada niat buruk sebab pernah lalui benda yang sama. Saya pun tak maksum dan tidak dilahirkan dalam keluarga yang sempurna.
“Kalaulah betul saya tak suka dia, tak akanlah sampai ibu saya pun sokong (menunjukkan buku puisi yang dibeli),” katanya lagi.
Menjawab persoalan segelintir pihak yang mempersoal tindakannya yang memohon maaf secara terbuka berbanding privasi, Mia mendedahkan sudah disekat oleh Aqish di semua platform media sosial.
“Cumanya yang saya tak faham kenapa dia tiba-tiba nak meletup berkaitan isu lama tersebut sejak dia pun cakap nak tutup kes ini dan nak ‘move on’.
“Sejak disekat, saya sangka Aqish sudah tidak mahu ada kaitan dengan saya tetapi dia tiba-tiba buat Instastory, ajak bersemuka dan sebagainya.
“Pihak saya dah hubungi tetapi dia tidak respons dan tak tahu sama ada dia nak berjumpa bersemuka seperti yang dikatakan atau sengaja membuat drama serta membuat nama saya buruk,” tuturnya.
Undang-undang
Dalam nada tegas, Mia memberitahu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Puteri Balqis dan keluarga serta beberapa individu lain.
“Saya ada banyak lagi ‘screenshot’ dan terlalu ramai yang saya tidak boleh sebut satu-satu dan akan ambil tindakan undang-undang.
“Akhir sekali, kepada Aqish, kalau awak betul-betul nak berkenalan dengan saya, nak tahu macam mana hidup dan dengan siapa saya berkawan, apa kata awak telefon terus atau WhatsApp.
“Sebab setahu saya di tangkap layar yang awak muat naik, awak pun dah ada nombor saya tapi saya tak ada nombor awak.
“Jadi selepas video ini, kalau ada lagi mana-mana pihak yang lagi mengeruhkan keadaan, saya tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap semua orang yang terlibat memburukkan nama saya,” tegasnya.
Pada Januari lalu, media sosial panas sebaik Aqish ‘menempelak’ Mia agar menyelesaikan isu antara mereka dengan dua pilihan selepas Mia didakwa turut pernah memalukan ibunya.
Dalam masa sama, Aqish menyifatkan tindakan Mia yang mengalirkan air mata di hadapan pihak media baru-baru ini hanyalah sekadar usaha untuk meraih simpati khalayak.
Tidak terhenti di situ, Aqish turut membangkitkan semula pengalaman pahit menjadi mangsa buli yang didakwa dilakukan Mia ketika mereka memulakan kerjaya dalam industri seni.
Malah, dia turut mendakwa wujud perbezaan ketara keperibadian sebenar Mia dengan imej murni yang dipaparkan menerusi media sosial. – KOSMO! ONLINE

20 hours ago
8
![[VIDEO] ‘Sedar tak sedar, briskwalk 5km dalam bazar Ramadan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-21.24.15.jpeg)












![[VIDEO] ‘Orang tak puasa, seminggu sebelum Ramadan dia gelisah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-1.43.06-PM.jpeg)


![[VIDEO] Tarian singa pun ‘behave’ bila dengar lagu Ramadan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-11.43.52-AM.jpeg)
































