Tawaran eksklusif Astro buat penjawat awam, penjimatan sehingga RM960

4 hours ago 2

PETALING JAYA – Syarikat peneraju kandungan dan hiburan Malaysia, Astro baru-baru ini melancarkan ‘Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam’ yang kini tersedia buat lebih 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Pek hiburan yang berbaloi itu direka eksklusif untuk menzahirkan rasa penghargaan syarikat kepada para penjawat awam yang telah menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara.

Tawaran tersebut adalah sebahagian daripada pek Astro One, menawarkan pelbagai kandungan premium Astro termasuk pelbagai saluran pilihan, program tempatan Astro, Astro Originals, dan hiburan on demand, serta akses Astro GO.

Bagi memenuhi kepelbagaian minat penjawat awam dan keluarga mereka, pek berkenaan merangkumi pilihan untuk perkhidmatan penstriman, berita, pendidikan, sukan, filem, serta hiburan tempatan dan antarabangsa.

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, Astro, Tai Kam Leong berkata, sebagai sebuah syarikat yang sudah sebati dalam masyarakat Malaysia, Astro telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara ini untuk sekian lama, menghubungkan keluarga dan masyarakat melalui kepelbagaian isi kandungan dan perkhidmatan yang pelbagai.

“Kami memahami tanggungjawab yang dipikul oleh penjawat awam dalam membentuk negara ini, dan pek istimewa ini mencerminkan tanda penghargaan kami, menawarkan hiburan dengan harga lebih berpatutan, dan kami percaya tawaran ini memberikan nilai tidak terhingga,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai sebahagian daripada Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam, semua penjawat awam akan menikmati tawaran eksklusif dan diskaun untuk Pek Entertainment dan Pek Sports Astro One, menjadikan pek paling popular Astro lebih berpatutan dan mudah diakses.

Tawaran ini termasuk penjimatan besar sehingga RM960 berserta tontonan percuma kandungan kanak-kanak dan juga pemasangan secara Plug & Play percuma, pada harga seperti yang tertera.

Pek Entertainment Astro One menyediakan akses kepada lebih daripada 100 saluran dengan membariskan kandungan tempatan serta antarabangsa yang direka untuk setiap isi rumah.

Eksklusif untuk penjawat awam dengan RM39.99/sebulan, pelanggan boleh menikmati rancangan popular seperti Big Stage Alpha, Dia Bukan Syurga, Seribu Tahun, Astro Originals First Wives, dan banyak lagi.

Tambahan pula, dengan akses percuma untuk Astro GO, pelanggan boleh strim kandungan kegemaran mereka tidak kira masa, di mana jua.

Peminat sukan pula boleh mendapatkan Pek Sports Astro One, yang mempunyai segalanya dalam Pek Entertainment Astro One dengan tambahan siaran langsung kandungan sukan termasuk Premier League, acara BWF, Liga Malaysia, Sepak Takraw League, Formula 1, MotoGP, Kriket, Tenis dan banyak lagi dengan hanya RM69.99/sebulan.

Pelanggan juga akan menikmati tontonan percuma kandungan kanak-kanak (harga asal: RM9.99) dengan akses kepada 6 saluran kanak-kanak termasuk Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies dan banyak lagi.

Para penjawat awam boleh mendaftar pek Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam bermula hari ini menerusi https://www.astro.com.my/penjawatawam atau melalui Whatsapp di +603-9543 3838

Bukti pekerjaan sebagai penjawat awam atau pesara diperlukan semasa proses pendaftaran. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |