‘Permulaan indah 2026’ – Meerqeen ungguli GMWA2025

6 hours ago 6

SHAH ALAM – Meraih sebanyak 2.5 juta undian, pelakon Meerqeen membawa pulang trofi utama Anugerah Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA2025) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi.

Pelakon berusia 24 tahun itu menewaskan pencabar terdekatnya yang terdiri daripada rakan artis serta pempengaruh, sekali gus membolot trofi yang menjadi idaman semua calon.

“Terima kasih kepada semua peminat, Astro dan barisan juri. Ini permulaan indah bagi tahun 2026.

“Saya sedang mempersiapkan sesuatu untuk kalian, sebuah projek yang pastinya gah.

“Saya tahu badan saya besar sekarang, tapi ini semua untuk anda semua,” katanya selepas menerima trofi utama.

Sebelum itu, Meerqeen atau nama lengkapnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam lebih dulu mengungguli trofi Selebriti Tergempak 2025.

Drama lakonannya bersama Qasrina Karim, Thariq Ridzuwan turut diangkat sebagai Drama Tergempak menewaskan 10 calon lain.

Sementara itu, kumpulan Alpha yang menunjukkan saingan sengit tidak pulang dengan tangan kosong apabila membolot dua trofi.

Boyband dibarisi Ariel Fesol, Izat Ibrahim, Daniel Sher, Rizal Rasid, Afiq Sky, Ray-D dan Araff memenangi Video Tergempak menerusi P Ramlee & Saloma serta Lagu Tergempak, Mona Lisa.

Pada majlis pengiktirafan tahunan itu, pelakon Amelia Henderson meraih kemenangan selaku Hos Program Tergempak.

Kategori lain adalah Digital Creator (Lifestyle), Wani Faizun; Digital Creator (Entertainment), Christy Ng, Digital Creator (Foodie), Jason; Digital Creator (Motivation & Education), Sir Badang.

Trofi lain yang dipertandingkan iaitu

Digital Creator (E-Sports) dimenangi Hakim Nanyan, Program Digital (Sembang Seram) Safwan Nazri serta Digital Creator (Beauty & Fashion), Nigel Sparks.

Sebanyak 12 kategori dipertandingkan pada musim ini dengan pemenang dipilih berdasarkan undian atas talian serta penilaian juri.

GWMA2025 dihoskan Sean Lee serta Amelia Henderson dan dimeriahkan dengan persembahan Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera, Aisha Retno, Zaki Yamani, Thalita dan Aina Abdul.

SENARAI PEMENANG:

1. Digital Creator (Lifestyle) Tergempak – Wani Faizun

2. Digital Creator (Entertainment) Tergempak – Christy Ng

3. Digital Creator (Foodie) Tergempak – Jason

4. Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak – Sir Badang

5. Digital Creator (E-Sports) Tergempak – Hakim Nanyan

6. Selebriti Tergempak – Meerqeen

7. Drama Tergempak – Thariq Ridzuwan

8. Video Muzik Tergempak – Alpha

9. Lagu Era Tergempak – Alpha

10. Program Digital Tergempak – Sembang Seram (Safwan Nazri)

11. Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak –  Nigel Sparks

12. Hos Program Tergempak – Amelia Henderson

Read Entire Article
Pertanian | | | |