Gambar hiasan
- Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
- 15 Februari 2026, 6:26 pm
KULIM – Seorang peniaga wanita ditahan selepas disyaki membuat provokasi di Balai Polis Sungai Kob, di sini termasuk mengeluarkan kata-kata kesat, memaki dan menumbuk anggota polis pada kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, suspek berusia 32 tahun didakwa menumbuk anggota polis berpangkat lans koperal yang cuba menenangkannya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata, suspek turut didakwa memaki seorang lagi anggota yang berpangkat koperal.
“Wanita itu seterusnya menendang pintu kaunter aduan sehingga pecah,” katanya di sini hari ini.
Kata beliau, pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif dadah.
“Suspek direman selama tiga hari bermula semalam dan dijangka dituduh di Mahkamah Kulim pada esok di bawah Seksyen 90 Akta Polis 1967 serta Seksyen 332 dan 426 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

12 hours ago
6














![[VIDEO] Pasangan AS perkenal nasi lemak, teh tarik kepada anak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/TULAR-VIRAL-NASI-LEMAK.jpeg)


































