SEORANG lelaki cedera parah sehingga putus kaki kiri akibat letupan bunga api di hadapan rumahnya di Taman Damai Jaya, Bukit Siput di Segamat malam tadi.
- Oleh FARAHWAHIDA AHMAD
- 18 Februari 2026, 6:14 pm
SEGAMAT – Seorang lelaki parah apabila kaki kirinya putus dalam kejadian letupan bunga api di hadapan rumahnya di Taman Damai Jaya, Bukit Siput di Segamat malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an bermain bunga api pada pukul 12.30 tengah malam.
“Siasatan mendapati mangsa dipercayai bermain bunga api jenis shoot cake 4(D) 16 shot (premium) sempena Tahun Baru Cina.
“Bunga api itu meletup menyebabkan mangsa cedera parah sehingga kudung kaki kiri. Mangsa dikejarkan ke Zon Merah Hospital Segamat untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, pegawai perubatan mengesahkan kaki kiri mangsa tidak dapat diselamatkan, namun lelaki itu dilaporkan stabil.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.-KOSMO! ONLINE

12 hours ago
4
![[VIDEO] ‘Sedar tak sedar, briskwalk 5km dalam bazar Ramadan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-21.24.15.jpeg)











![[VIDEO] ‘Orang tak puasa, seminggu sebelum Ramadan dia gelisah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-1.43.06-PM.jpeg)


![[VIDEO] Tarian singa pun ‘behave’ bila dengar lagu Ramadan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-11.43.52-AM.jpeg)

































