Keadaan terkini di beberapa lebuh raya utama.
- Oleh MOHD RASDAN AHMAD
- 16 Februari 2026, 3:23 pm
PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan bergerak perlahan setakat pukul 2.31 petang ini walaupun cuaca berada dalam keadaan baik.
Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kesesakan ketara berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dari Slim River ke Sungkai susulan kemalangan di Kilometer (KM) 358.3 yang menyebabkan lorong kecemasan terhalang. Aliran trafik arah selatan turut perlahan dari Gopeng ke Tapah.
“Selain itu, trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dilaporkan perlahan dari Senai ke Kulai, manakala arah selatan melibatkan laluan Plaza Tol Sungai Besi ke Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Kajang ke Bangi,” ujarnya.
Kesesakan turut dilaporkan di Tambak Johor arah utara dari Woodlands ke Johor Bahru serta di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dari Tuas ke Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.
“Sementara itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), trafik arah selatan dilaporkan perlahan dari Putrajaya menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya. – KOSMO! ONLINE

15 hours ago
5






![[VIDEO] Tiga diburu lempar mercun dalam rumah warga emas](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-16-at-6.32.32-PM.jpeg)




![[VIDEO] ‘Kami dah selesai cara baik’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-16-at-4.48.32-PM.jpeg)







![[VIDEO] Tesla hilang kawalan punya kemalangan tular di Temerloh](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-16-at-12.51.31-PM.jpeg)





























