KKR arah 1,249 projek pra-pembinaan disegerakan

11 hours ago 5

PONTIAN – Kerajaan mengarahkan supaya setiap kementerian memberi penekanan agar proses pra-pembinaan projek kerajaan di seluruh negara disegerakan bagi mengelakkan kelewatan berpanjangan sebelum kerja fizikal dimulakan di tapak.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, sehingga kini, sebanyak 1,249 projek masih lagi berada di dalam status pra-pembinaan.

Jelasnya, fasa pra-pembinaan yang melibatkan perancangan, reka bentuk dan proses perolehan.

“Pra-pembinaan ini bermaksud belum ada apa-apa berlaku di atas tanah. Belum ada kontraktor dilantik, belum ada Surat Setuju Terima (SST).

“Statistik untuk fasa pra-pembinaan pada masa ini ialah sebanyak 855 projek masih lagi dalam perancangan, 93 projek dalam fasa rekabentuk dan 229 projek sedang dalam perolehan.

“Jadi kita di KKR mengarahkan agar semua kementerian yang terlibat (ada projek pra-pembinaan) perlu duduk berbincang dan mempercepatkan projek-projek pra-pembinaan supaya proses pembinaan dilakukan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Pontian di sini hari ini.

Ahmad berkata, antara kementerian terlibat ialah Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Ekonomi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pertahanan (Menhan) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Kelewatan sebenar bukan hanya berlaku di peringkat pembinaan, sebaliknya banyak projek ‘tersangkut’ ketika fasa pra-pembinaan yang melibatkan perancangan, reka bentuk dan proses perolehan.

“Tetapi prosesnya boleh ambil masa bertahun-tahun,” katanya.

Beliau menegaskan, keadaan tersebut tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana rakyat menunggu kemudahan seperti hospital, sekolah dan infrastruktur asas disiapkan dengan segera.

“Kalau peringkat pra ini lambat, pembinaan pun akan tertangguh. Kita mahu proses ini dipacu lebih pantas, bukan bergerak seperti siput,”ujarnya.

Katanya, antara faktor melambatkan pra-projek ialah proses Value Assessment dan Value Engineering (VAVE).-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |