Kerat wanita: Dua anak perempuan suspek utama pula ditahan

19 hours ago 4
Polis menahan dua lagi anak suspek utama kes pembunuhan kejam ke atas wanita yang mayatnya dikerat sebelum buang di beberapa lokasi.
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 16 Februari 2026, 12:10 pm

‎KOTA KINABALU – Polis menahan dua lagi anak suspek utama kes pembunuhan kejam ke atas wanita yang mayatnya dikerat sebelum buang di beberapa lokasi di Indah Permai, Menggatal semalam.

‎Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, dua wanita berusia 21 dan 29 tahun ditahan di sekitar Sepanggar dan Inanam.

‎“Mereka ditahan untuk siasatan dari segi peranan dan pengetahuan mereka dalam kejadian tersebut,” katanya.

‎Penahanan terbaharu itu menjadikan jumlah individu yang ditangkap berhubung kes tersebut adalah seramai empat orang.

‎Sebelum ini polis memberkas seorang lelaki tempatan berusia 71 tahun yang juga suspek utama pada 12 Februari lalu di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) di sini.

‎Selepas itu, polis memberkas pula seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di kawasan Sepanggar bagi membantu siasatan.

Polis merampas barangan seperti telefon bimbit, pakaian, sarung tangan, sebilah parang dan sebuah kenderaan jenis Nissan X-Trail. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-KOSMO! ONLINE.

Read Entire Article
Pertanian | | | |