GEORGE TOWN – Rakan setugas kepada seorang anggota bomba yang ditemukan lemas di Pantai Kandis, Bachok di Kelantan, hari ini tidak menyangka pertemuan mereka pada Ahad lalu adalah yang terakhir.
Mangsa, Ahmad Badrul Naim Ab. Wahab,32, merupakan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Bomba (STORM) dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru.
Menurut Penyelianya, Pegawai Bomba Kanan I Abdul Manaf Kadir, kematian Ahmad Badrul atau lebih mesra disapa sebagai Bad dalam rakan setugas dianggap satu kehilangan besar dalam pasukan mereka.
“Memang terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian berlaku semalam dan paling sedih bila dapat tahu yang dia sudah pergi buat selama-lamanya, hari ini.
“Ia satu kehilangan besar bagi kami di Storm dan Hazmat. Arwah sememangnya dikenali sebagai rakan setugas yang sangat baik, aktif dan patuh arahan,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Manaf memberitahu, arwah juga merupakan seorang anggota yang disenangi dalam kalangan rakan-rakan setugas.
“Arwah memang tak tunjuk apa-apa perubahan sepanjang kami mengikuti kursus selama tiga hari sehingga 15 Februari lalu. Wajahnya sentiasa ceria dan suka melawak dengan kawan-kawan,” ujarnya.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang anggota bomba yang lemas semasa menyelamatkan adiknya di Pantai Kandis di sini semalam dijumpai selepas hampir 20 jam hilang dihanyut ombak iaitu kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi.
Mayat mangsa dijumpai kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa lemas. Bagaimanapun, adik mangsa, Ahmad Nurudin, 21, sehingga kini masih belum ditemui.
Dalam kejadian pukul 5.15 petang itu, Ahmad Badrul dan adiknya dilaporkan hilang di laut selepas mahu menyelamat anak saudara mereka, Mohd. Ali Al Imran Mohd. Ezad, 12, yang dihanyutkan ombak.
Kanak-kanak tersebut akhirnya berjaya diselamatkan oleh bapanya dan naik ke darat manakala Ahmad Badrul dan adiknya dihanyutkan ombak hingga ke tengah laut. – KOSMO! ONLINE

14 hours ago
7
![[VIDEO] ‘Sedar tak sedar, briskwalk 5km dalam bazar Ramadan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-21.24.15.jpeg)











![[VIDEO] ‘Orang tak puasa, seminggu sebelum Ramadan dia gelisah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-1.43.06-PM.jpeg)


![[VIDEO] Tarian singa pun ‘behave’ bila dengar lagu Ramadan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-11.43.52-AM.jpeg)

































