Himpunan Tangkap Azam Baki: ‘Itu hak masing-masing, ini bukan kali pertama’ 

17 hours ago 6
Azam ketika menandatangani plak simbolik perasmian Kampung Angkat Madani di Kampung Sungai Buah, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!
  • Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
  • 15 Februari 2026, 1:40 pm

SEPANG – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyifatkan himpunan dan demontrasi terhadapnya dirinya bukan benda baharu.

Menurutnya, beliau tidak mahu komen lanjut mengenai himpunan itu kerana ia hak masing-masing.

“Terpulanglah, saya boleh jadi popular kalau macam tu. Saya tak nak komen. Demonstrasi dah banyak kali dah terhadap saya ni. Ia bukan kali pertama.

“Terpulang kepada mereka untuk berhimpun dan pergi demonstrasi. Bukan hal saya pun,” katanya

Katanya, sesiapa pun ada hak untuk berhimpun dan mereka ada hak untuk bersuara begitu juga beliau.

Difahamkan, satu himpunan dikenali Himpunan #TangkapAzamBaki akan berlangsung di sekitar pasaraya Sogo, Kuala Lumpur kira-kira pukul 4 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |