PETALING JAYA – Kemunculan gerai di kaki lima berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad pada waktu malam mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai yang menyifatkan pemandangan ikon bersejarah itu seolah-olah ‘terganggu’.
Menerusi satu hantaran tular di media sosial, seorang individu memuat naik gambar deretan gerai menjual makanan dan minuman yang dilihat beroperasi di hadapan bangunan ikonik tersebut.
Difahamkan, harga minuman mencecah RM7 segelas dipercayai dipengaruhi faktor lokasi tersebut yang menjadi tumpuan selain permintaan tinggi dalam kalangan pengunjung warga kota.
Menurut pengguna itu, kawasan tersebut mempunyai keindahan tersendiri terutama dengan pencahayaan indah terutama pada waktu malam sekali gus menyerlahkan seni binanya yang klasik.
Bagaimanapun, dia mendakwa kehadiran peniaga boleh menjejaskan imej dan suasana di lokasi selain menimbulkan kebimbangan sekiranya aktiviti tersebut dibiarkan berlarutan.
“Macam mana tiba-tiba boleh ada bazar menjelang malam depan Bangunan Sultan Abdul Samad? Pemandangan dan bangunan sudah lawa, tapi ‘kacau’ pula dengan perniagaan.
“Jangan biarkan, mulakan dan biasakan. Cegah sebelum merebak. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mohon pantau,” katanya.
Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai pengguna media sosial turut menyuarakan pandangan sama, antaranya mengenai kebimbangan terhadap isu kebersihan, pengurusan sisa makanan, kesesakan laluan pejalan kaki serta keselamatan pengunjung.
Tidak kurang ada juga yang mempersoalkan tentang status kelulusan dan lokasi operasi gerai, memandangkan kawasan sekitar bangunan ikonik itu sering menjadi lokasi acara rasmi, aktiviti pelancongan dan tumpuan pengunjung pada hujung minggu.
“Mula-mula jual air. Lepas itu (jual) jagung bakar. Lepas itu tambah lagi. Lepas itu tambah kerusi. Lepas itu jadi pasar,” kata Afil Syazwan.
“YB (Yang Berhormat) Hannah Yeoh dan DBKL tolonglah (pantau) jangan cemarkan wajah Bangunan Sultan Abdul Samad dengan gerai macam ni. Di tengah Kuala Lumpur, di depan bangunan ikonik,” kata Iahmat.
Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung status operasi gerai tersebut sama ada mendapat kebenaran pihak berwajib atau sebaliknya. – KOSMO! ONLINE

18 hours ago
6
![[VIDEO] ‘Sedar tak sedar, briskwalk 5km dalam bazar Ramadan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-21.24.15.jpeg)












![[VIDEO] ‘Orang tak puasa, seminggu sebelum Ramadan dia gelisah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-1.43.06-PM.jpeg)

![[VIDEO] Tarian singa pun ‘behave’ bila dengar lagu Ramadan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-18-at-11.43.52-AM.jpeg)

































