Tangkap layar video menunjukkan suspek disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Surabaya. - TikTok
- Oleh KOSMO
- 15 Februari 2026, 6:20 pm
JAKARTA – Seorang perompak di Surabaya, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian orang ramai apabila menghubungi polis untuk mendapatkan perlindungan kerana bimbang dipukul penduduk tempatan, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiainews menunjukkan suspek memberi keterangan kepada beberapa pegawai polis selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Surabaya.
Semasa disoal siasat, suspek mengaku melakukan tiga rompakan dan semua mangsanya adalah wanita.
Suspek berkata, dia dikejar penduduk tempatan dan gagal melarikan diri apabila tiba di jalan mati.
“Saya bertemu dengan sepasang suami isteri di lorong tersebut dan meminta mereka untuk menghubungi polis kerana bimbang dipukul warga setempat,” katanya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 143,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Lebih baik hubungi polis daripada kena pukul,” kata seorang netizen.
“Kena tangkap dengan penduduk baru ingat polis,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

12 hours ago
7














![[VIDEO] Pasangan AS perkenal nasi lemak, teh tarik kepada anak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/TULAR-VIRAL-NASI-LEMAK.jpeg)


































