Bersatu Dungun bubar, mahu ikut Hamzah masuk ‘rumah baharu’

15 hours ago 5
Abdul Azizi (hadapan, tengah) bersama kepimpinan Bersatu Bahagian Dungun yang diisytihar bubar hari ini.
  • Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
  • 18 Februari 2026, 3:23 pm

DUNGUN – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Dungun dibubarkan selepas 1,880 ahli dari 13 cawangan mengisytiharkan diri mereka keluar dari parti tersebut berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Bekas Ketua Bahagian Bersatu, Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, pengunduran tersebut turut melibatkan Srikandi, Armada dan Srikandi Muda Bersatu Bahagian terbabit.

“Kita sebulat suara keluar parti (Bersatu) kerana hilang kepercayaan dengan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu). Sebaliknya kita akan berhijrah ke ‘rumah baharu’ yang akan diumumkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (bekas Timbalan Presiden Bersatu),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Aziz yang sebelum ini kerap mendesak Muhyiddin berundur antara sembilan Ketua Bahahagian Bersatu yang dipecat pucuk pimpinan parti tersebut baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |