Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga petang ini

16 hours ago 8
Gambar hiasan
  • Oleh AMIR HAIKAL KAMARUDIN
  • 16 Februari 2026, 2:27 pm

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung dan Sabah sehingga petang hari ini.

Menurut MetMalaysia, antara negeri yang terlibat ialah Kelantan melibatkan Machang dan Kuala Krai, selain Terengganu meliputi Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Selain itu, Pahang di Rompin serta beberapa daerah di Johor iaitu Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi turut terkesan dengan cuaca buruk itu,” ujarnya.

Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas termasuk Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) serta Kudat melibatkan Pitas dan Kudat.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |