Tangkap layar Asyraf Wajdi ‘tebuk' bekas penuntut MRSM Ulul Albab di New Zealand
- Oleh KOSMO!
- 21 Februari 2026, 11:32 pm
PETALING JAYA – Lawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ke New Zealand baru-baru ini bertukar santai apabila beliau menguji hafazan bekas penuntut Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab yang kini melanjutkan pengajian di negara itu.
Menerusi perkongsian di media sosial, beliau berkata suasana pada awalnya agak sunyi apabila ditanya siapa yang berani ‘ditebuk’ bacaan al-Quran.
“Siapa di sini bekas pelajar (penuntut) MRSM Ulul Albab? Kenapa semua diam? Tak berani mengaku ke… takut saya ‘tebuk’ ya?,” katanya berseloroh.
Seorang penuntut lelaki kemudian berjaya menjawab ujian hafazan dengan lancar dan sebagai penghargaan menerima ganjaran AS$100 daripada Asyraf Wajdi.
Dalam lawatan sama, Asyraf Wajdi turut beramah mesra bersama penuntut di University of Canterbury serta meninjau rumah sewaan penuntut Mara bagi melihat keadaan kediaman dan kebajikan mereka.
Beliau turut mengingatkan para penuntut agar menjaga solat, istiqamah membaca al-Quran serta mengekalkan jati diri sepanjang berada di perantauan.
Kata beliau, Mara akan terus memastikan kebajikan penuntut di luar negara diberi perhatian. – KOSMO! ONLINE
@drasyrafwajdi TEBUK & TERJAH RUMAH PELAJAR MARA DI NEW ZEALAND 🇳🇿 “Siapa di sini bekas pelajar MRSM Ulul Albab?..” (Sunyi…) “Kenapa semua diam? Tak berani mengaku ke… takut saya ‘tebuk’ ya?” Tersenyum tersipu pelajar-pelajar di sini apabila saya tanya siapa yang boleh ditebuk bacaan Al-Quran mereka. Alhamdulillah ada diantara mereka yang sukarela dan bacaan amat lancar. Alhamdulillah, selain beramah-mesra bersama pelajar di University of Canterbury, saya ambil kesempatan untuk ‘Terjah’ rumah sewaan pelajar-pelajar MARA di New Zealand untuk melihat sendiri keadaan mereka daripada aspek keselesaan kediaman, suasana pembelajaran hinggalah kebajikan harian. Yang paling menyentuh hati, bukan sahaja mereka cemerlang dalam akademik, tetapi tetap kukuh jati diri dan pegangan agama walaupun jauh beribu batu dari tanah air. Jauh di perantauan bukan alasan untuk lupa akar dan tunjang asal usul. Malah di sinilah identiti sebenar diuji. Saya sempat berpesan empat perkara yang menjadi pegangan saya: 1. Solat jangan tinggal walau sesibuk mana jadual pengajian. 2. Amalkan Al-Ma’thurat sebagai benteng rohani setiap hari. 3. Solat Tahajjud untuk mohon kekuatan dan keberkatan ilmu. 4. Istiqamah dengan bacaan Al-Quran kerana di situlah terpancar cahaya dan panduan hidup. Anak-anak MARA ini bukan sekadar pelajar. Mereka adalah duta-duta kecil negara dan wajah Malaysia di mata dunia. Kita tidak hanya mahu mereka pulang dengan segulung ijazah, tetapi pulang dengan ilmu, akhlak dan jati diri yang kuat untuk membina agama, bangsa dan tanah air. InsyaAllah, MARA akan terus memastikan kebajikan dan pembangunan sahsiah mereka sentiasa diberi perhatian. MARA amat bangga dengan kalian, semoga kalian menjadi kebanggaan ibu bapa, MARA dan rakyat Malaysia. #MerakyakanMARA #HebatkanMARA #UlangTahun60MARA #WeAreGenMARA #HidupKuMilikUmmah #HidupBiarBerjasa ♬ original sound – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
7 hours ago
8









![[VIDEO] Selepas bernikah, saya tidak abaikannya di Lombok – Bekas suami Norida](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-21-at-14.33.11.jpeg)







![[VIDEO] Beli roti john daging di bazar Ramadan, dagingnya mana?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-21-at-11.25.17.jpeg)






























