KUALA LUMPUR – Suami kepada selebriti Datin Seri Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan berniaga dalam sekuriti tanpa lesen sah.
Bagaimanapun Mahadi, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus dan Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menjalankan suatu urusan dalam aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti sedangkan AUF MBZ Consortium PLT bukan seorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan juga bukan seorang orang berdaftar bagi aktiviti terkawal berniaga dalam sekuriti yang mana tertuduh sebagai wakil syarikat itu adalah disifatkan telah melakukan kesalahan tersebut.
Kesalahan itu didakwa di Subang Jaya masing-masing antara 14 Jun 2021 dan 9 Ogos 2023 serta 3 September 2021 dan 15 Februari 2024 yang didakwa mengikut subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) dibaca bersama subseksyen 367(1) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah subseksyen 58(4) Akta yang sama.
Justeru hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda makaimum RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Sebelum ini, media melaporkan syarikat milik Mahadi tidak mempunyai lesen atau berdaftar dengan SC untuk menjalankan sebarang aktiviti terkawal.
Sementara itu di hadapan Hakim Norma, bekas Pengerusi Majlis Penasihat Shariah (SAC) Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar turut didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat berniaga dalam sekuriti tanpa lesen sah.
Mohd. Daud, 62, selaku wakil syarikat aktiviti jual beli komoditi, Energy Eco Berhad, telah bersubahat dengan AUF MBZ Consortium PLT, apabila AUF MBZ telah menjalankan suatu urusan dalam aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti.
Ia sedangkan AUF MBZ bukan seorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan juga bukan seorang orang berdaftar bagi aktiviti terkawal berniaga dalam sekuriti, di mana kesalahan AUF MBZ Consortium PLT dilakukan akibat persubahatan Energy Eco.
Mohd. Daud sebagai wakil Eco Energy ketika berlakunya kesalahan berkenaan, disifatkan telah melakukan kesalahan terbabit.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pusat Perniagaan Reef, Rawang antara 14 Jun 2021 dan 9 Ogos 2023 yang didakwa mengikut seksyen dan hukuman sama.
Mahkamah kemudian membenarkan Mahadi RM100,000 manakala Mohd. Daud RM50,000 berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sekali setiap bulan.
Tarikh 10 April ini ditetapkan sebagai sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
2













![[VIDEO] “Jangan ‘spin’, ART sediakan payung sebelum hujan” – Zafrul](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-23-at-09.18.00.jpeg)
![[VIDEO] ‘Duyung’ lelaki promosi air balang di Pengkalan Chepa](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-23-at-08.57.54-e1771811900816.jpeg)


































