PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaporkan, sebanyak 122,323 kes demam denggi telah berlaku pada 2024 menunjukkan penurunan jumlah kes sebanyak 0.57 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Namun begitu, jelas Pengerusi Dengue Prevention Advocacy Malaysia (DPAM), Datuk Dr. Zulkifli Ismail berkata, sebanyak 117 kes kematian pula yang berlaku pada 2024 menunjukkan peningkatan angka kematian sebanyak 17 peratus berbanding 2023.
Katanya, hal tersebut menyebabkan sedikit peningkatan kadar kematian akibat denggi pada 2024, sekali gus menandakan keperluan untuk mengekal dan memperkukuh usaha pencegahan serta pengurusan denggi.
“Sejak bertahun-tahun, pihak KKM telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memerangi denggi, termasuklah melalui penggunaan teknologi canggih, penglibatan komuni- serta
penguatkuasaan undang-undang yang tegas.
“Portal iDengue misalnya, yang diperkenalkan sejak 2012, berperanan menyampaikan maklumat penting berkaitan denggi kepada umum seperti laporan kes harian, lokasi titik panas dan operasi kawalan nyamuk.
“Di daerah-daerah berisiko tinggi, pengendali kawalan mahkluk perosak menjalankan aktiviti penghapusan larva dan semburan kabus bagi mengurangkan populasi nyamuk. Pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia turut dilakukan sebagai langkah inovatif kawalan vektor. Pendekatan ini telah terbukti dapat mengurangkan kes demam denggi sebanyak 50 hingga 80 peratus di 10 lokaliti terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen End Dengue Deaths (ENDD) di Hotel Armada dekat sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukmanis Awang Sauni.
Tambah Zulkifli, dia memuji KKM atas usaha berterusan dalam memerangi denggi saban tahun. Walau bagaimanapun, beliau menekankan bahawa penglibatan aktif daripada pihak-pihak berkepentingan lain termasuk masyarakat sivil dan sektor korporat, adalah sangat penting.
“Setiap kematiaan akibat denggi merupakan satu tragedi yang boleh dicegah. Dengan kesepakatan bersama, kita mampu mencapai sifar kematian akibat denggi menjelang 2030, selaras dengan sasaran global yang ditetapkan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (World Health Organisa0on, WHO),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.