Sepupu ‘buat lauk’ ketika ibu saudara keluar jual kuih

6 hours ago 3

SEGAMAT – Akibat terpengaruh menonton aksi video lucah, seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di sini tergamak merogol dan meliwat sepupu perempuan di dalam rumah keluarganya, awal bulan ini.

Perbuatan remaja berusia 16 tahun itu bagaimanapun terbongkar selepas mangsa berusia 15 tahun membuat laporan polis 9 Mei lalu sehingga lelaki itu dituduh ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Pelajar itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Dhilip Nair Atchuthan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan bertentangan agama dan adat ke atas sepupu yang juga adik angkatnya berusia 15 tahun di sebuah rumah di Segamat, 11 pagi, 3 Mei lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 30 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Untuk pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa meliwat mangsa dengan semua kejadian, masa dan lokasi berlaku di tempat sama.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dengan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan daripada mangsa pada 9 Mei lalu mendakwa dirogol serta diliwat sepupu lelakinya ketika berada di rumah ibu bapa tertuduh.

Melalui siasatan dijalankan, mangsa adalah anak angkat yang dijaga ibu bapa tertuduh dan seorang orang kurang upaya (OKU) intelektual.

Kejadian berlaku sejak tahun lalu dan kali terakhir adalah awal bulan ini. Ia terjadi ketika ibu tertuduh keluar menjual kuih manakala bapa serta adik beradik lain bekerja.

Namun, kejadian itu tidak pernah diceritakan kepada ibu bapa angkat kerana bimbang dituduh mereka-reka cerita sehingga ia mendapat pengetahuan pihak lain lalu membuat laporan polis.

Mangsa kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor Bahru.

Pendakwan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Mohammad Ismail Tadj
manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Julai ini untuk sebutan fakta dan perintah serta laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |