Nelayan dikhuatiri lemas, bot terbalik disyaki dilanggar

1 day ago 6
Keadaan bot dinaiki mangsa yang disyaki dilanggar bot lain sebelum terbalik dalam kejadian di Perairan Pengerang malam tadi.
  • Oleh MASTURAH SURADI
  • 2 Februari 2026, 4:56 pm

KOTA TINGGI – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki disyaki dilanggar bot lain sebelum terbalik dalam kejadian di Perairan Pengerang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 9.50 malam dari seorang wanita tempatan yang memaklumkan sebuah bot nelayan dinaiki suaminya bersama pekerja terbalik.

Katanya ekoran itu sepasukan anggota penyelamat dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Pengerang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati bot nelayan jenis fiber yang dinaiki seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun bersama lelaki warga asing berusia 32 tahun dilanggar sebuah bot lain yang tidak dapat dikenal pasti.

“Bot dinaiki mangsa kemudian terbalik dan seorang lelaki warga asing ditemui berpaut pada kayu bot, namun nelayan tempatan masih belum ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di talian 07-883 7222 atau Pemangku Ketua Polis Balai Pengerang, Sarjan Romeo Usit di talian 011-10182027,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |