Mekanik beraya di penjara selepas sebabkan kematian kucing

17 hours ago 9

SHAH ALAM – Tindakan kejam seorang mekanik menyepak dan mencampak anak kucing sampai mati mengundang padah selepas dipenjara selama 22 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Mohd. Daniel Hakim Abdullah, 40, selaku Orang Kena Saman (OKS)
dijatuhi hukuman itu selepas gagal melunaskan denda RM60,000 yang dikenakan oleh Hakim Nor Hasniah Ab. Razak.

Keputusan tersebut menyebabkan lelaki itu terpaksa menyambut Aidilfitri di Penjara Kajang, meninggalkan isteri serta anaknya yang baharu berusia tujuh bulan.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Daniel didakwa dengan kejam telah menyepak dan mencampak seekor anak kucing berwarna putih sehingga menyebabkan kematian haiwan itu di hadapan sebuah unit flat di Seksyen U16 di sini, antara pukul 4.50 hingga 5 pagi pada 3 Oktober tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh menemui dua ekor anak kucing berwarna hitam dan putih di hadapan rumahnya sebelum memasukkan haiwan itu ke dalam sebuah beg kitar semula dan membawanya ke hadapan unit rumah lain.

Dia kemudian mengeluarkan kedua-duanya sebelum mencampak dan menyepaknya. Perbuatan tersebut dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dan tular di media sosial.

Hasil bedah siasat terhadap bangkai anak kucing itu mendapati terdapat kesan retak pada tengkorak kepala, pendarahan peparu serta patah tulang rusuk yang membawa kepada kegagalan sistem pernafasan.

Peguam Amirah Badriyah Azahar merayu hukuman penjara kurang setahun atas alasan anak guamnya tidak mempunyai wang untuk membayar jaminan atau denda.

“Terdapat tiga hingga empat ekor kucing tidak bertuan yang kerap membuang najis di hadapan rumah OKS sehingga memaksanya membersihkan kawasan tersebut. OKS juga sering dimarahi jiran kerana air najis mengalir ke unit bawah.

“OKS telah membuat aduan kepada pihak pengurusan flat kerana perkara itu berlarutan sekian lama dan memberi tekanan kepadanya. Dalam keadaan hilang pertimbangan akibat emosi marah, OKS telah menyepak dan mencampak kucing tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, Mohd. Sharif Sabran memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

“Mohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam kerana perbuatan OKS yang tular telah mencetuskan kegusaran masyarakat. Kes ini serius kerana anak kucing itu mati, sedangkan ia tidak mengganggu kehidupan OKS,” tegasnya.

“Mohon mahkamah turut mengambil kira kepentingan awam dengan rentetan perbuatan OKS yang tular di media sosial telah menyebabkan kegusaran awam

“Ambil kira keseriusan kes ini kerana anak kucing yang menjadi mangsa dalam kes ini telah mati. Sedangkan anak kucing tak ganggu kehidupan OKS,” tegasnya.

Sebelum ini, tular video berdurasi 57 saat memaparkan aksi seorang lelaki menganiaya beberapa ekor kucing sehingga mengundang kecaman netizen. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |