Mayat Ahmad Nurudin dijumpai dalam keadaan terdampar di Pantai Kandis, Bachok hari ini selepas lebih 37 jam hilang. Foto IHSAN BOMBA
- Oleh ROHANA MOHD. NAWI
- 19 Februari 2026, 11:07 am
BACHOK – Selepas lebih 18 jam jasad abangnya ditemukan, mayat adik kepada seorang anggota bomba yang lemas pula dijumpai oleh penduduk kampung dalam keadaan terdampar di Pantai Kandis di sini hari ini.
Mangsa, Ahmad Nurudin Ab. Wahab, 21, ditemukan kira-kira pukul pukul 6.55 pagi tadi berdekatan dengan lokasi penemuan mayat abangnya, Ahmad Badrul Naim, 32, yang juga anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Pulau Pinang selepas 37 jam operasi mencari dijalankan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, mayat Ahmad Nurudin dijumpai kira-kira 3.7 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang dihanyut ombak di Pantai Kandis.
Menurutnya, mayat mangsa ditemukan oleh penduduk kampung yang melalui pesisir pantai berkenaan.
“Penduduk terbabit memaklumkan penemuan mayat mangsa kepada pos kawalan bomba yang terletak tidak jauh dari lokasi tersebut. Ahli keluarga mangsa sudah dimaklumkan untuk hadir bagi membuat pengecaman mayat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

19 hours ago
6



![[VIDEO] Dugaan Ramadan, penduduk di Kluang diuji banjir kilat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/d9ed92fa-439a-42f6-becb-324818b7d3a6.jpeg)













































