PETALING JAYA – foodpanda Malaysia telah bekerjasama dengan Perbadanan Putrajaya untuk menawarkan pilihan pelbagai makanan ikonik Bazar Ramadan Presint 3 Putrajaya terus ke aplikasi foodpanda dari 19 Februari hingga 20 Mac 2026.
Melalui program perintis ini, lebih daripada 200 gerai bazar akan tersedia melalui paparan khas “Ramadan Bazaar” dalam aplikasi, membolehkan pelanggan menelusuri pilihan juadah popular yang dikurasi; daripada Nasi Lemak dan Nasi Dagang hinggalah ayam goreng rangup serta kuih-muih berwarna-warni.
Inisiatif ini meraikan semangat kolektif rakyat yang bersiap untuk Iftar bersama. Dengan membawa pasar ini ke dalam talian, foodpanda memastikan kegembiraan bazar kekal dapat diakses oleh pengguna yang kesuntukan masa, sambil terus menyokong peniaga bazar Ramadan dengan saluran tambahan untuk mencapai pelanggan baharu.
Pengarah Pemasaran foodpanda Malaysia, Steff Yong berkata, pihaknya mahu menyampaikan lebih daripada sekadar makanan dan mahu menyampaikan pengalaman Ramadan sebenar. Dengan membawa pengalaman bazar Putrajaya ke dalam aplikasi kami, foodpanda memberikan kembali masa kepada rakyat Malaysia.
“Sama ada anda seorang profesional yang sibuk atau ibu bapa di rumah, kini anda boleh menikmati suasana perayaan dan makanan terbaik Putrajaya hanya dengan beberapa sentuhan.
“Pada masa yang sama, ini membantu meningkatkan pendapatan peniaga serta rakan penghantar kami, sambil menawarkan kepada pengguna cara moden dan segar untuk menikmati tradisi,” katanya dalam kenyataan semalam.
Yong menerangkan, bagi memastikan kesegaran maksimum, “Pickers” khas di lokasi akan membeli pesanan terus dari gerai selepas pengesahan dan pelanggan boleh menjangkakan penghantaran dalam masa 40-50 minit.
Program perintis ini mencerminkan komitmen berterusan foodpanda dalam menyokong peniaga tempatan dan meningkatkan pengalaman penghantaran, sambil menghubungkan rakyat Malaysia dengan citarasa yang mereka gemari secara lebih lancar dan mudah. -KOSMO! ONLINE

13 hours ago
7



![[VIDEO] Dugaan Ramadan, penduduk di Kluang diuji banjir kilat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/d9ed92fa-439a-42f6-becb-324818b7d3a6.jpeg)













































