Gambar hiasan
- Oleh MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD
- 19 Februari 2026, 3:20 pm
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan luruan angin monsun akan memasuki rantau negara dan berpotensi menyebabkan cuaca lebih lembap yang membawa ribut petir serta hujan lebat berpanjangan di Sabah dan Sarawak bermula hari ini hingga Isnin depan.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca semasa.
“MetMalaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi Sabah berkuat kuasa sehingga esok.
“Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora juga telah dikemas kini bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga Sabtu,” katanya hari ini.
Beliau berkata, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

15 hours ago
8



![[VIDEO] Dugaan Ramadan, penduduk di Kluang diuji banjir kilat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/d9ed92fa-439a-42f6-becb-324818b7d3a6.jpeg)













































