Kenderaan makin bertambah, ramai balik KL

10 hours ago 6
Tangkap layar rakaman CCTV keadaan trafik sesak di Plaza Tol Gombak menghala Kuala Lumpur malam ini.
  • Oleh KOSMO!
  • 18 Februari 2026, 8:51 pm

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak menghala ibu negara malam ini dilaporkan sesak apabila golongan perantau kembali ke ibu negara selepas cuti sempena Tahun Baharu Cina berakhir hari ini.

Menerusi tinjauan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di laman web jalanow.com, kelihatan kenderaan beratur panjang untuk melepasi Plaza Tol Gombak menghala Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, trafik turut dilaporkan sesak di Kilometer (KM) 21.6 menghala ke Gombak susulan pertambahan kenderaan dan di KM55.5 di Bentong menghala ibu negara. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |