‘Hit-and-run’ subuh Ramadan satukan empat individu berbeza

3 hours ago 6

SIAPA sangka satu kemalangan langgar lari pada waktu subuh Ramadan menjadi titik perubahan hidup empat individu yang langsung tidak mengenali antara satu sama lain?

Drama Suara Sunyi di Subuh menampilkan barisan pelakon Imran Aqil, Fahrin Ahmad, Danish Iskandar dan Hanna Halim dalam kisah penuh emosi tentang rasa bersalah, tanggungjawab dan peluang kedua.

Black, seorang rider penghantar makanan yang menyimpan impian menjadi penyanyi. Sharil, pengurus pejabat yang berani berhenti kerja demi membuka bengkel motosikal sendiri. Adam, anggota bomba berdedikasi yang ditekan keluarga untuk meninggalkan kerjaya beruniform. Linda, jururawat yang memikul tanggungjawab menjaga adiknya yang menghidap epilepsi.

Menariknya, watak Black diinspirasikan daripada penyanyi terkenal Black Hanifah, dan drama ini turut menampilkan lagu Ramadannya sebagai sebahagian daripada runut bunyi utama — menjadikan perjalanan emosi watak ini lebih autentik dan menyentuh hati.

Salah satu daripada empat watak utama iaitu Black diinspirasikan daripada penyanyi terkenal Black Hanifah yang lagu nyanyiannya dijadikan runut bunyi drama Suara Sunyi di Subuh.

Satu insiden hit-and-run melibatkan wanita hamil memaksa mereka bekerjasama — bukan sahaja untuk mencari kebenaran, tetapi untuk berdepan dengan konflik dalaman masing-masing.

Sepanjang Ramadan, hubungan yang pada awalnya penuh syak wasangka bertukar menjadi persahabatan yang luar biasa. Mereka saling membantu, mempertahankan dan mengangkat satu sama lain ketika diuji.

Suara Sunyi di Subuh, drama terbitan Mantayay Sdn. Bhd. ini telah bermula ditayangkan pada 19 Februari 2026, eksklusif di TikTok & Instagram @terpalingcerita, dengan 2 episod baharu setiap hari sepanjang Ramadan.

Menariknya, produksi Mantayay sebelum ini telah mencatat lebih 600 juta jumlah tontonan di media sosial, termasuk drama terviral seperti Terpaling Menantu dan Terlanjur Nikah, yang turut bakal kembali dengan sekuel khas Ramadan dan Raya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |