Habib lancar Festa d’Oro rai koleksi ikonik Oro Italia 916

4 hours ago 1

PETALING JAYA – Jenama barangan kemas terulung di Malaysia, Habib mempersembahkan sebuah kempen berskala nasional bagi meraikan koleksi ikonik Oro Italia 916, Festa d’Oro yang berlangsung hari ini sehingga 29 Jun 2025 di semua bilik pameran jenama itu di seluruh negara.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib dalam satu kenyataan berkata, Festa d’Oro yang mengangkat makna sebenar keanggunan itu, menjemput pencinta barangan kemas untuk meneroka dunia yang menggabungkan kehalusan seni hasil tangan Itali dengan keunikan budaya serta jiwa Malaysia.

“Koleksi Oro Italia 916 mempamerkan pesona emas 916 yang digemari ramai dan diutuhkan lagi bersama keunggulan pertukangan emas Itali, melahirkan rekaan yang anggun, moden dan memikat pandangan ramai.

“Dihasilkan secara eksklusif di Itali untuk Habib, setiap rekaan adalah lambang kemahiran dan kehalusan seni menyerlahkan kilauan setanding berlian, perincian halus serta sentuhan kontemporari yang direka khas untuk memenuhi cita rasa dan gaya hidup rakyat Malaysia masa kini,” katanya.

Meer berkata, Festa d’Oro bukan sekadar kempen, malah sebagai satu perayaan keharmonian budaya menerusi rekaan.

“Kami berbangga untuk mengetengahkan koleksi yang bukan sahaja mencerminkan kemahiran turun-temurun pertukangan emas Itali, tetapi juga meraikan minat rakyat Malaysia terhadap warisan, penceritaan, dan keunikan tersendiri,” jelasnya.

Katanya, kempen tahun ini turut memperkenalkan rekaan baharu daripada koleksi ikonik seperti Cavo, Sicilia Bassano dan Stella, serta kemunculan koleksi baharu yang dinanti-nantikan seperti Granita, Milli dan Emma kesemuanya direka dengan penuh ketelitian terhadap perincian, keselesaan pemakaian dan gaya semasa.

Untuk maklumat terkini, layari laman web rasmi www.habibjewels.com dan ikuti Habib di media sosial rasmi Instagram dan TikTok (@habibjewelsoficial), serta Facebook dan LinkedIn (@HABIB). -KOSMO! ONLINE.

Read Entire Article
Pertanian | | | |